ads here

[Wedding Review] Baju Nikah by ZAWARA

advertise here
Baju Nikah by ZAWARA

Assalamualaikum & Hi

Lama pula tertangguh aktiviti review kawen-kawen ni hahaha
Okay untuk baju nikah aku memang kalau boleh nak cari baju yang aku bole pakai sampai bila-bila.Maksudnya bukan sekadar nak pakai time nikah je, lepas tu kau simpan dalam almari buat pekasam hahaha

Nak sewa atau nak tempah custom-made atau nak beli yang ready-made?

Masa aku survey-survey hari tu,harga sewa pun dah macam harga upah buat baju baru.
Nak pakai nya kejap je pun sebab aku punya majlis akad nikah & bersanding pada hari yang sama.So macam tak berbaloi.

Kalau tempah custom-made kau nak kena fikir material kain apa yang ok, berapa meter kain nak guna, nak fikir design lagi , nak letak lace apa, nak taruk beads macam mana,warna apa  bla bla bla anddddd nak kena bajet harga lagi woahahaha memang not so me la
Paling kurang pun mau ribu-ribu juga kan
Tapi kalau korang ada duit lebih, tak salah pun nak buat yang vogey the vass.
Pendapat masing-masing. Betul tak ?
Itu belum masuk part nak kena survey tailor yang bagus sebab takut hasilnya tak seperti yang diharapkan.

Bagi aku  tak berbaloi nak spend beribu-ribu just untuk pakai 2-3 jam.Memang la nikah ni sekali je seumur hidup.Tapi tak perlu la nak membazir banyak-banyak.
Aku punya style simple + sempoi je.
As long as sopan untuk dipakai masa majlis akad nikah dah cukup bagi aku (^_^)

Bab warna pula, aku memang kalau boleh nak cari warna selain dari warna putih so that nanti aku boleh la pakai untuk event-event pape ke baju tu kan.Nak dipendekkan cerita (kes pemalas nak bebel panjang-panjang hahaha) kawan aku ada beli baju dari Butik ZAWARA.Kiranya masa tu first time la aku tahu pasal kewujudan Butik ZAWARA ni.

Kebetulan pula ZAWARA keluarkan design dress baru diorang iaitu Adalia Dress.And kebetulan juga masa tu ada Promotion dari RM299 tinggal RM219 je. Hah aku pun apa lagi,terus grab la peluang yang ada.Asalnya aku nak warna cream(bukan putih ye hik3) tapi incik tunang cakap better ambik warna dusty pink so that nanti bole pakai pergi dinner ke,kenduri ke.Orait aku pun follow je.

ZAWARA Adalia Dress
ZAWARA Adalia Dress
Rambang mata nak pilih warna semua lawa-lawa (^_^)

ZAWARA Adalia Dress warna Dusty Pink.
ZAWARA Adalia Dress
Pengalaman pertama beli baju secara online hahaha
Itu pun ambil masa 1 minggu sebelum decide nak beli sebabnya kalau kita beli baju secara 'offline' bole pegang-pegang material kain macam mana kan.Kalau beli online memang kena check betul-betul la.

Alhamdulillah sangat-sangat berpuas hati dengan material kain dress ni.Selesa, tak jarang dan tak panas.Best sangat pakai dress ni.So far dah ada 3 design dress dari ZAWARA sebab material kain dia best sangat !!!

ZAWARA Adalia Dress
Close-Up beading di bahagian tangan

Review Baju Nikah
Posing kibas-kibas kain ckit haha

Review Baju Nikah
 Fe-feeling princess gitu bila pakai Adalia Dress by ZAWARA ni (^_^)
Hahaha kasik chance la Cik Kumbang perasantan kejap

Review Baju Nikah

Incik tunang pun dengan sempoinya juga beli jubah kahwin yang ready-made RM150 je.
Dah settle !!
Mudah kan? hahaha (^_^)

TOTAL DAMAGE : Baju Nikah RM219 + Veil Sewa dari Butik Baju Bersanding RM30
RM249 !!!

(^_^)

Thank you for reading this entry !
Advertisement
BERIKAN KOMENTAR ()