ads here

[Wedding Review] DIY Kad Kahwin

advertise here
DIY Kad Kahwin

Assalamualaikum & Hi

Untuk Kad kahwin memula memang plan nak DIY.Pastu terlampau serabut sebab semua benda nak kena arrage terus rasa macam malas la pula nak DIY.Tempah jela kan senang.Tak perlu nak serabut-serabut fikir pasal kad.

Aku survey kad pun secara online juga.Ada la berkenan dengan 1 website ni.Harga quite ok la sekeping 20sen.Tapi untuk dapatkan 20sen tu kena order certain-certain amount.So bila fikir balik bukannya aku nak guna kad banyak sampai macam yang dia offer tu.

At last nak tak nak memang kena DIY juga laa (-_-)

Antara sebab-sebab nak DIY kad kahwin :

#1 Kad anda tidak akan disimpan

Ceh skema sangat tulis 'Kad anda tidak akan disimpan' padahal nak tulis 'Orang akan buang juga kad korang tu nanti'.Serius rasa macam tak berbaloi untuk spend banyak duit for kad sebabnya at last orang akan buang juga, betul tak ? Tapi kalau korang mampu,tak salah pun nak buat yang grand-grand.
Pendapat masing-masing,right?
Tapi bagi aku baik simpan duit yang selebihnya tu untuk korang guna for honeymoon or life after marriage.Banyak taw duit nak pakai after kahwin nanti.

#2 Boleh tunjuk kat anak cucu

"haaa ni la Kad Kahwin nenek dulu-dulu.Nenek buat sendiri taw" 

hahaha motip sangat kan.

#3 Edit sesuka hati

Bila DIY kita boleh buat sesuka hati dengan kad kita hahahaha (^_^)
Nak edit sana,edit sini. Bila rasa macam design A tak menarik, print design B pula.(akula tu)
Pastu bila kad tak cukup, boleh print lagi sebanyak mana yang perlu.So takde la kes membazir.Sebabnya kadang-kadang bila tempah, tak semua kad kita bagi kat orang pun. *percayala*
DIY Kad Kahwin
Disebalik tabir

#4 Jimat

Dan yang paling best dapat Jimattttt...... sebabnya kos untuk sekeping kad aku adalah RM0.08 je.Siap dengan decoration doily paper +love tag + ribbon sekali taw hikhik (*_*)

DIY Kad Kahwin
Memang terasa penat men DIY tapi bila dah siap akan jadi satu kepuasan sebab dapat create sendiri korang punya kad.

Kertas Kraft + Doily Paper
Kertas Kraft + Doily Paper

#5 Tak perlu pening-pening kepala nak deal dengan vendor Kad Kahwin

Berdasarkan pengalaman dari kawan-kawan & sepupu-sepapat,ada yang stress & tension bila kad yang diorder tu 'cacat'. Ada yang bila dah siap hantar kat kita sekali tengok eja nama pengantin tak betul, peta pun ada masalah dan macam-macam lagi masalah yang boleh buatkan bakal pengantin frust & stress. Last-last ada juga kawan aku ni terpaksa tulis semula nama dia pada 1000 keping kad yang di order. Geram kannn grrr (-_-')

DIY Kad Kahwin
Design kad untuk side incik tunang
DIY Kad Kahwin
Design kad untuk side pengantin perempuan
DIY Kad Kahwin
Yang ni pula adalah design untuk aku invite melalui whatsapp.Zaman secanggih sekarang perlu la dimanfaatkan.Betul x?
So TOTAL damage untuk 1000 keping kad kahwin adalah = RM0.08 x 1000 = RM80 wink!
Itu kiraan zaman aku yang tanpa GST la. Sekarang kan dah ada GST so mungkin around RM150 ke bawah *kot*


Any bride-to-be yang berminat nak DIY kad macam Cik Kumbang ni boleh la PM di Facebook Pages Belog Cik Kumbang atau boleh juga emailkan ke cikkumbang12@gmail.com dengan tajuk "DIY Kad Kahwin"
Cik Kumbang caj untuk melukis peta sahaja hik3~

Thank you for reading this entry !

**************************
Alhamdulillah terima kasih kepada lebih dari 500 Pengantin DIY di seluruh Malaysia yang sudi menempah Printable Template DIY Kad Kahwin dari Cik Kumbang ni (>_<)


Jom usha sebahagian hasil DIY dari customer Cik Kumbang
Sebelum tu siapa yang takde idea untuk hantaran & nak jimat boleh [KLIK SINI]

Diy Kad Kahwin Kertas Kraft
Diy Kad Kahwin Kertas Kraft
Kad Kahwin Rustic
Diy Kad Kahwin Kertas Kraft
Diy Kad Kahwin Kertas Kraft
DIY Kad Kahwin
Diy Kad Kahwin Craft Paper
Kad Kahwin Rustic
Kad Kahwin Rustic
Diy Kad Kahwin Craft Paper
Diy Kad Kahwin Craft Paper

Wedding Review yang lain [KLIK SINI]
Advertisement
BERIKAN KOMENTAR ()